Assalamualaikum dan Selamat menyambut hari keputeraan baginda Nabi Muhammad 
Berbalik kepada tajuk artikel ini, baru sahaja mendengar ceramah pada malam Maulidur Rasul. Ingin saya kongsikan bersama.
Pada zaman Rasulullah terdahulu, baginda bertanyakan kepada sahabat- sahabat baginda.
“Wahai sahabatku, kamu tahu tak siapakah golongan yang mulia?”
Mereka terkejut dan melihat satu sama lain. Jawab salah seorang sahabat baginda
“Ya Rasulullah, pastinya golonga Malaikat“
“Ya, memang Malaikat golongan yang mulia kerana mereka tidak pernah melanggari perintah Allah dan sentiasa berzikir kepada Allah, tapi golongan yang aku maksudkan itu bukan golongan Malaikat“. Sekali lagi baginda bertanya, siapakah golongan itu?
Para sahabat terpinga-pinga, jawab salah seorang lagi.
“Para Rasul dan nabi-nabi yang terdahulu ya Rasulullah“
Jawab baginda ” Ya, mereka memang orang yang mulia kerana menyebarkankan agama Allah, tapi bukan mereka yang dimaksudkan olehku“
Lalu Rasulullah menundukkan kepada dan menitiskan airmata sambil berkata
“ Golongan yang mulia yang dimaksudkan oleh aku ialah Umatku ( Umatti, Umatti ) yang mengamal sunnah ku dan tidak pernah melihat aku wahai sahabatku sekalian“
Kita dapat lihat, golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah golongan akhir zaman!
Sama-sama kita menghayatinya








rasulullah maksudkan umat pada akhir zaman, tapi bukan semuanya termasuk dalam kelompok yang dimaksudkan
sabree hussin recently posted..Kategori & Bentuk-Bentuk Tawakal Umat Akhir Zaman
ya, bukan semua…yang mengamal sunnahnya dan taat pada perintah Allah..:)