Sahabat Itu Penting!

Saya menggunakan perkataan sahabat diatas kerana sahabat adalah seorang yang benar2 tahu apa itu persahabatan, dan saya tidak menggunakan kawan kerana kita memang ramai kawan tetapi bukan semua kawan boleh dipercayai, saya tahu mengenai perbezaan ini dari motivasi pada minggu lalu oleh pensyarah kolej saya. Ok, kenapa saya cakap sahabat itu penting, waktu sekolah kita bermain bersama-sama, mengejar cita-cita dan impian masing2 dan apabila tamat sekolah semua sekali berpecah dan meneruskan lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada suatu hari, semua sudah berjaya, bertemu semula semua sahabat dan masing2 sudah mempunyai kerjaya, ada yang menjadi guru, doktor, peguam, ustaz, artis dan sebagainya, disitula kita dapat melihat kalau kita sakit, kita boleh rujuk kepada sahabat kita yang sudah menjadi doktor, kalau kita ada apa2 masalah dengan undang2, kita boleh rujuk kepada peguam, itupun sahabat kita. Cuba anda bayangkan jika anda tiada sahabat didunia ini, anda seorang sahaja, anda tiada tempat untuk bertanya, tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat untuk bercakap, dan lain-lain. Dan tidak mustahil juga, sahabat kita menjadi rakan kongsi kita dalam perniagaan. Akan tetapi tidak semua kawan ataupun sahabat kita yang baik, ada juga yang akan berubah  menjadi baik ataupun jahat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Mohamad Rizwan merupakan seorang usahawan internet separuh masa. Beliau kini mengambil dip Marketing With Multimedia ( sem 5) di Kolej Multimedia Sarawak. Walapunpun baru berusia 18 tahun selanjutnya...

Leave a Reply

*

CommentLuv badge